Hadis Sahih Muslim No. 1792 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1792. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Aku datang menemui Nabi bersama-sama dua orang lelaki anak pakcik ku. Yang seorang berkata, "Ya, Rasulullah! Angkatlah aku jadi Amir (pembesar) di salah satu daerah yang telah dikuasakan Allah kepada Anda." Dan yang seorang lagi berkata pula seperti itu. Jawab Rasulullah saw.,"Demi Allah! Aku tidak akan mengangkat seseorang untuk memangku suatu jawatan, orang yang meminta-minta supaya dia diangkat, bahkan tidak pula orang yang mengharap-harap (berambisi) untuk itu." |