Hadis Sahih Bukhari No. 1792 Jilid 4 Topik adalah Pusaka 1792, Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Waktu saya sakit, datang Rasulullah saw. dan Abu Bakar menjenguk saya dan keduanya berjalan kaki, dan didapatinya saya sedang pengsan. Lalu Rasulullah saw. berwuduk dan dituangkannya kelebihan air wuduk itu kepada saya, lalu saya sedar. Kemudian itu saya berkata: "Ya Rasulullah! Bagaimana baiknya saya perbuat dengan harta saya dan bagaimana saya menghabiskan harta itu?" Beliau tidak menjawab perkataan saya barang sedikit pun, sehingga turun ayat tentang pembahagian pusaka." |