Hadis Sahih Muslim No. 1789 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1789. Dari 'Amir bin Sa'ad bin Abi Waqqash r.a., katanya: "Aku berkirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui pelayan ku Nafi', meminta kepadanya supaya dia dapat mengkhabarkan kepada ku hadis yang pernah didengarnya dari Rasulullah saw. Dia membalas surat ku sebagai berikut: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda pada hari Jumaat petang, iaitu ketika seorang suku Aslam direjam, sabdanya: Agama ini (Islam) akan sentiasa tegak hingga hari kiamat, atau sampai habis dua belas orang khalifah memerintah, yang kesemuanya dari Quraisy. Aku mendengarnya pula bersabda, "Satu kelompok kaum muslimin akan menaklukkan Istana Putih Kisra (Raja Persia)." Dan aku mendengar pula beliau bersabda, "Sebelum terjadi hari kiamat akan muncul para pembohong besar (Dajjal), maka waspadalah terhadap mereka. "Aku mendengar pula beliau bersabda, "Jika Allah mengurniai kamu suatu kebaikan (kekayaan), pertama-tama manfaatkanlah untuk diri mu sendiri, dan untuk keluarga mu." Aku mendengar juga beliau bersabda, "Aku lebih dahulu dan menunggu di telaga." |