Hadis Sahih Bukhari No. 1789 Jilid 4 Topik adalah Nazar 1789, Dari Abdullah bin Abbas r.a., dia menceritakan bahawa Saad bin Ubadah Al Ansari meminta keputusan kepada Nabi saw. tentang nazar ibunya, yang telah meninggal dunia sebelum sempat membayar nazarnya. Nabi memutuskan, supaya nazar itu dibayar oleh Saad sebagai ganti ibunya. Lalu hal ini menjadi sunnah (aturan yang tetap berlaku) sesudah itu. |