Hadis Sahih Muslim No. 1786 Jilid 3 Topik adalah Perang 1786. Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Ketika Rasulullah saw. pergi ke Badar, maka tatkala beliau sampai di Harratil Wabarah, beliau ditemui oleh seorang lelakii yang terkenal gagah berani. Para sahabat Rasulullah saw. merasa gembira ketika melihat kedatangannya. Dia berkata kepada Rasulullah saw., "Aku sengaja mengikuti Anda, kerana ingin berperang di pihak Anda dan bersama-sama dengan Anda." Tanya Rasulullah saw., "Apakah Anda sudah iman dengan Allah dan Rasul-Nya?" Jawab orang itu, "Tidak!" Sabda Nabi saW., "Kembalilah Anda! Aku sekali-kali tidak membutuhkan pertolongan orang musyrik." Kata 'Aisyah, "Maka pergilah orang itu." Tetapi setelah kami sampai dekat sebatang pohon, orang itu datang kembali menemui Rasulullah saw., lalu dia berkata pula seperti semula. Maka bertanya pula Rasulullah saw. kepadanya seperti semula. Sabda beliau, "Pergilah Anda! Aku sekali-kali tidak memerlukan pertolongan orang musyrik." Maka pergilah dia. Kemudian, tatkala kami sampai di Baida', dia datang kembali. Rasulullah bertanya pula kepadanya seperti semula, "Apakah anda sudah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya?" Jawab orang itu, "Ya, aku beriman!" Maka bersabda Rasulullah saw., "Mari, Teruslah jalan!" |