Hadis Sahih Bukhari No. 1785 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1785, Dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah saw. mendapati Umar bin Khattab sedang berjalan dengan berkenderaan dan bersumpah dengan nama bapanya. Lalu Nabi bersabda kepadanya: "Ketahuilah, bahawa Allah melarang kamu bersumpah dengan nama bapa mu. Siapa yang hendak bersumpah, hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau diam saja (tidak bersumpah). |