Hadis Sahih Bukhari No. 1784 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1784, Dari Abdul Rahman bin Samurah r.a., katanya: Nabi saw. bersabda: "Hai Abdul Rahman bin Samurah! Jangan engkau meminta untuk memegang jawatan pemerintahan, kerana kalau engkau diberi jawatan itu kerana permintaan, nescaya engkau diserahkan kepada jawatan itu. Tetapi kalau jawatan itu diberikan kepada engkau, tanpa permintaan, nescaya engkau akan mendapat bantuan dalam melaksanakannya. Apabila engkau bersumpah (untuk menjalankan atau meninggalkan sesuatu hal), kemudian engkau lihat ada yang lebih baik dari itu, hendaklah engkau langgar sumpahmu itu dengan membayar kifarat dan perbuatlah yang lebih baik." |