Hadis Sahih Muslim No. 1782 Jilid 3 Topik adalah Perang 1782. Dari Abu Ishaq r.a., katanya 'Abdullah bin Yazid melakukan solat Istisqa (solat minta hujan) bersama-sama dengan orang ramai. Mula-mula dia solat dua rakaat, sesudah itu dia mendoa minta hujan. Kata Abu Ishaq, "Hari ini aku bertemu dengan Zaid bin Arqam, di mana tidak ada orang lain di samping kami, selain seorang lelaki. Lalu aku bertanya kepadanya, "Berapa kali Rasulullah saw. berperang?" Jawabnya, "Sembilan belas kali." Tanya ku, "Berapa kali anda ikut berperang bersama-sama dengan beliau?" Jawabnya, "Tujuh belas kali peperangan." Tanya ku, "Dalam perang apa anda ikut berperang pertama kali? Jawabnya, "Dalam peperangan Dzatul 'Usairi atau 'Usyairi." |