Hadis Sahih Muslim No. 1780 Jilid 3 Topik adalah Perang 1780. Dari Yazid bin Hurmuz r.a., katanya Najdah pernah menulis surat kepada Ibnu 'Abbas, menanyakan lima masalah. Kata Ibnu 'Abbas, "Kalaulah aku tidak khuatir akan dianggap menyembunyikan ilmu, tidak ku balas suratnya." Surat Najdah itu begini, "Aroma ba'du (kemudian daripada itu), tolonglah kabarkan kepada ku, adakah kaum perempuan yang pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw.? Adakah mereka diberi pembahagian rampasan perang? Adakah beliau membunuh anak-anak? Bilakah habisnya masa keyatiman seorang anak yatim? Dan untuk siapakah diberikan seperlima pembahagian rampasan perang?" Ibnu 'Abbas membalas surat tersebut sebagai berikut: Anda menanyakan kepadaku,adakah perempuan pergi berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. "Memang, sesungguhnya lah beliau pergi berperang bersama-sama dengan kaum perempuan. Mereka bertugas mengubati yang luka-luka, dan mereka menerima pemberian (ala kadarnya) dari harta rampasan perang, tetapi tidak diberi pembahagian jumlah tertentu. Dan sesungguhnya beliau tidak pernah membunuh anak-anak, kerana itu janganlah kamu bunuh anak-anak. Engkau menanyakan kepada ku bilakah habis masa keyatiman seorang anak yatim? Maka demi seumur hidupku, ada orang yang telah tumbuh janggutnya, tetapi dia masih lemah mengurus dirinya sendiri, mengambil atau memberi. Maka apabila dia telah sanggup mengurus dirinya sendiri, mengambil apa yang baik untuk dirinya seperti halnya orang-orang lain. Maka ketika itu dia telah habis masa keyatimannya. Dan Anda menanyakan pula tentang seperlima harta rampasan untuk siapa? Sesungguhnya kami pernah mengatakan itu untuk kami; tetapi keluarga kami keberatan terhadap kami!" |