Hadis Sahih Bukhari No. 1780 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1780, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawa ketika dia sedang duduk dekat Nabi saw. datang seorang laki-laki dari kaum Ansar, lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Kami mempunyai seorang tawanan (hamba sahaya perempuan) dan kami ingin mendapat wang, bagaimana pendapat engkau tentang 'azal (mengeluarkan mani di luar peranakan) ?" Rasulullah saw. menjawab: "Adakah kamu pernah berbuat demikian? Tidak usah amu kerjakan, kerana seorang manusia yang telah ditentukan Tuhan akan terjadi mesti terjadi." |