Hadis Sahih Bukhari No. 1775 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1775, Dari Abdullah r.a. katanya: Bercerita kepada kami Rasulullah saw. seorang yang benar dan dibenarkan. Beliau bersabda: "Seseorang kamu ditempatkan selama empat puluh hari dalam peranakan ibunya (berupa benda cair). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula dan segumpal daging selama itu pula. Lalu Tuhan menyuruh malaikat menuliskan empat perkara: rezekinya, ajalnya, malang (celaka) atau mujur (berbahagia). Kemudian dihembuskan roh (jiwa) ke dalamnya. Maka demi Allah, sesungguhnya seseorang mengerjakan pekerjaan isi neraka, sehingga antara dia dengan neraka hanya jarak sehasta atau sedepa, lalu didahului oleh kitabnya nasibnya), maka dikerjakannya pekerjaan isi syurga dan kerananya dia masuk syurga. Sesungguhnya seseorang mengerjakan pekerjaan isi syurga, sehingga antara dia dengan syurga jarak sehasta atau dua hasta, lalu didahului oleh kitabnya, maka dikerjakannya pekerjaan isi neraka dan kerananya dia masuk neraka." |