Hadis Sahih Muslim No. 1774 Jilid 3 Topik adalah Perang 1774. Dari Abu Ishaq r.a., katanya dia mendengar Al Bani' berkata: "Di hari-hari terjadinya perang Ahzab, Rasulullah saw. turut bersama-sama dengan kami mengangkut tanah, sehingga perut beliau yang putih itu kotor bergelimang tanah. Beliau bersenandung : "Wahai Allah, seandainya bukanlah kerana Engkau, tidaklah kami dapat bimbingan, tidaklah kami bersedekah, dan tidaklah kami solat. Tanamkan ketenangan di hati kami, kerana sesungguhnya para pemuka tidak menyukai kami." Kata Al Bara', beliau sering pula bersajak: "Sesungguhnya para pemuka tidak menyukai kami, namun bila mereka hendak membencanai kami, kami tidak mahu. Dan beliau mengeraskan suaranya membaca senandung itu." |