Hadis Sahih Bukhari No. 1774 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1774, Dari Abu Hurairah r.a., bahawa dia menceritakan Rasulullah saw. bersabda: "Di hari kiamat ada sekumpulan orang dari sahabatku datang hendak minum dan mereka diusir dari kolam itu, lalu aku berkata: "Ya Tuhan ku! Mereka itu sahabatku!" Tuhan menjawab: " Engkau tidak tahu apa yang mereka perbuat sepeninggal engkau. Mereka surut ke belakang (murtad)." |