Hadis Sahih Muslim No. 1773 Jilid 3 Topik adalah Perang 1773. Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya, "Kami pergi berperang ke Khaibar bersama-sama dengan Rasulullah saw, Kami berjalan di waktu malam. Seorang anggota pasukan berkata kepada 'Amir bin Akwa', "Bacakanlah kepada kami sajak-sajakmu, hai 'Amir!" 'Amir memang seorang penyair. Maka turunlah dia menghalau unta sambil bersyair. Katanya: "Wahai Allah! Kalau bukanlah kerana pimpinan Engkau, tidaklah kami terpimpin, tidak kami bersedekah, dan tidaklah kami solat. Kerana itu ampunilah kami, selaku tebusan bagi Engkau atas kesalahan kami. Dan teguhkanlah pendirian kami jika bertemu dengan musuh. Tanamkanlah ketenangan di hati ksmi, apabila diteriaki kami datang. Dan dengan teriakan mereka menangis kepada kami. Maka bertanya Rasulullah saw.. "Siapa yang menghalau unta sambil berdendang itu?" Jawab mereka, " 'Amid." Kata beliau, "Semoga Allah memberinya rahmat." Lalu bertanya seorang anggota pasukan, "Betulkah begitu ya Rasulullah? Alangkah baiknya kalau Anda suruh saja dia supaya menghibur kami terus?" Kiranya kami telah sampai di Khaibar. Lalu kami kepung mereka, sehingga perut kami terasa kempis kerana kami merasa sangat lapar. Maka bersabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah menaklukkan negeri itu kepada kalian." Kata Salamah, "Setelah hari petang di hari penaklukan Khaibar itu, mereka banyak menyalakan api. Maka bertanya Rasulullah saw., "Nyala api, apa itu? Untuk apa mereka nyalakan?" Jawab mereka, "Untuk membakar daging." Tanya beliau, "Daging apa?" Jawab mereka, "Daging keldai jinak." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tumpahkan dan pecahkan!" Tanya seorang lelaki, "Atau ditumpahkan, lalu dicuci?" Jawab beliau, "Ya, atau begitu." Tatkala dua pasukan telah berhadap-hadapan, ternyata 'Amir hanya mempunyai pedang pendek. Dengan pedang itu ditetaknya betis orang Yahudi. Tetapi malang baginya, hujung pedang itu terus meluncur sehingga berbalik mengenai lutut 'Amir, dan 'Amir mati kerananya. Kata Salamah. "Tatkala mereka telah pulang kembali, Rasulullah saw. memegang tangan ku ketika beliau melihat aku diam." Tanya beliau, "Mengapa engkau?" Jawab ku. "Bapa dan ibu ku menjadi tebusan Anda. Mereka mengatakan, "Pahala amal si 'Amir lupus." Tanya beliau. "Siapa yang mengatakannya?" Jawab. ku, "Si Fulan, si Fulan, dan si Usaid bin Hudhair Al Anshari." Sabda beliau, "Dusta orang yang mengatakannya. sesungguhnya dia memperoleh pahala ganda; sambil beliau memberi isyarat dengan anak jarinya - Dialah pejuang yang sesungguhnya. Tidak seberapa orang Arab yang pergi berperang seperti dia." |