Hadis Sahih Muslim No. 1772 Jilid 3 Topik adalah Perang 1772. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. berangkat dengan tujuan menyerang Khaibar. Lalu kami solat Subuh sudah dekat ke kota itu, dan hari masih gelap. Sesudah solat, Nabi saw. menaiki kenderaannya, kemudian diikuti oleh Abu Thalhah, dan aku sendiri membonceng dengan Abu Thalhah. Nabi saw. terus berjalan memasuki jalan-jalan kecil di Khaibar, sehingga lutut ku bersentuhan dengan paha Nabi. Bahkan pernah kain beliau tersingkap, sehingga kelihatan olehku putih paha Nabi saw. Ketika memasuki kampung, beliau berkata, "Allahu Akbar! Kharibat Khaibar! Inna idza nazalna bi sahati qaumin. fasaa-a shabahul mundzarin." Beliau mengulang kata-katanya itu sampai tiga kali. Kata Anas, "Ketika orang-orang kampung keluar menuju tempat-tempat pekerjaan mereka, lalu mereka berteriak, "Muhammad!" Kata Abdul 'Aziz dan sebahagian sahabat kami, "Muhammad dan tenteranya!" Kata Anas, "Khaibar kami rebut dengan kekerasan." |