Hadis Sahih Muslim No. 1770 Jilid 3 Topik adalah Perang 1770. Dari Anas bin Malik r.a., katanya ada orang mengusulkan kepada Nabi saw., "Alangkah baiknya seandainya Anda datang menjenguk Abdullah bin Ubay." Kata Anas, "Nabi saw. pergi menjenguknya dengan mengenderai seekor keldai, bersama-sama beberapa orang muslim. Dia tinggal di tanah gersang. Ketika Nabi saw. mendatanginya dia berkata, "Jauh-jauhlah engkau dari ku! Demi Allah! Bau keldaimu sungguh menyakiti ku." Menyahut seorang lelaki Ansar, "Demi Allah! Bau keldai Rasulullah saw.lebih harum daripada bau mu sendiri." Kata Anas, "Seorang lelaki dari kaum 'Abdullah bin Ubay marah, untuk membela Abdullah. Akhirnya masing-masing pihak sama-sama marah, sehingga terjadilah perkelahian antara mereka, pukul memukul dengan pelepah kurma, dengan tangan dan dengan sepatu atau sandal, sehingga turun kepada mereka ayat: "Jika dua golongan orang-orang mukmin berkelahi, maka, damaikanlah mereka..." (Al Hujurat, 49:9). |