Hadis Sahih Muslim No. 1768 Jilid 3 Topik adalah Perang 1768. Dari Jundub bin Sufyan r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. sakit, kerana itu beliau tidak kuat bangun untuk solat malam, selama dua atau tiga malam. Maka datang kepada beliau seorang perempuan, lalu dia berkata. "Ya, Muhammad! Aku berharap mudah-mudahan syaitan mu betul-betul telah meninggalkan mu. Telah dua malam aku tidak melihatnya menghampiri mu. Maka diturunkan Allah ayat: "Demi waktu Dhuha; dan demi malam apabila telah sunyi; Tuhan mu tiada meninggalkan mu dan tiada pula benci kepada mu." (Ad Dhuha, 93 : 1-3). |