Hadis Sahih Bukhari No. 1768 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1768, Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Saya bertanya: "Ya Rasulullah! Siapakah orang yang amat beruntung mendapat pertolongan engkau di hari kiamat?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya aku menduga, hai Abu Hurairah, belum pernah ada seseorang pun yang bertanya sebelum engkau tentang ini, kerana ku lihat engkau seperti berhasrat untuk memperoleh keterangan (pengetahuan). Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku di hari kiamat ialah orang yang mengucapkan "La ilaha iillallah" (tiada yang disembah selain Allah) dengan ikhlas dari hatinya. " |