Hadis Sahih Bukhari No. 1766 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1766, Dari Anas r.a. bahawa Ummu Haritsah datang kepada Rasulullah saw. sedang Haritsah (suaminya) telah mati dalam perang Badar, kena panah yang tidak diketahui dari mana datangnya.Ummu Haritsah bertanya: "Ya Rasulullah! Tentu anda mengetahui tempat Haritsah dalam hatiku (cinta kepadanya). Oleh sebab itu, kalau ia dalam syurga, saya tidak akan menangisinya. Tetapi kalau tidak, nanti anda akan melihat apa yang akan saya perbuat." Kata Nabi kepadanya: "Benar pendapatmu! Syurga itu bukan satu, melainkan banyak macamnya. Sesungguhnya Haritsah berada dalam yurga Firdaus yang lebih tinggi." Seterusnya beliau bersabda:"Berangkat di waktu pagi atau petang untuk perjuangan fisabilillah lebih baik dari dunia dan seisinya. Busur panah atau tempat meletakkan kaki dalam syurga, lebih baik dari dunia dan seisinya. Kalau seandainya seorang wanita penghuni syurga datang ke bumi, nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang." |