Hadis Sahih Muslim No. 1765 Jilid 3 Topik adalah Perang 1765. Dari 'Urwah bin Zubair r.a., katanya 'Aisyah isteri Nabi saw. mengabarkan kepadanya, bahawa Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah, pernahkah Anda mengalami kesulitan yang paling sulit daripada hari perang Uhud?" Jawab beliau, "Aku pernah mengalami kesulitan dari kaum mu, dan itulah kesulitan yang paling sulit yang pernah ku alami dari mereka, iaitu peristiwa di hari 'Aqabah. Ketika itu, aku secara peribadi mendatangi Ibnu Abdi Yalil bin 'Abdi Kulal, tetapi dia tidak memenuhi harapan ku. Kerana itu aku pergi dengan perasaan sedih yang dalam, sehingga aku baru sedar setelah sampai di Qarnits Tsa'alib. Ketika itu aku mengangkat kepala ku, lalu terlihat oleh ku setumpuk awan melindungi ku. Setelah ku perhatikan kiranya Jibril. Dia memanggil ku. katanya, "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla mendengar ucapan kaum mu kepada mu dan penolakan mereka terhadap ajakan mu. Dan Allah mengirimkan malaikat penjaga bukit kepada mu untuk kamu suruh-suruh sekehendak hati mu." Lalu malaikat penjaga bukit memanggil ku dan memberi salam kepada ku. Kemudian dia berkata. "Ya Muhammad! Allah telah mendengar ucapan kaum mu terhadap mu. Aku adalah malaikat penjaga bukit. Tuhan mu mengutus ku kepada mu untuk melayani setiap perintah apa saja yang kamu kehendaki. Bahkan jika engkau kehendaki, akan ku pertemukan kedua bukit ini (Jabal Qubais dan bukit yang di hadapannya) untuk ditimpakan kepada mereka." Jawab Rasulullah saw., "Bahkan yang ku harapkan semoga Allah mengeluarkan dari tulang-tulang sulbi mereka orang-orang yang menyembah kepada Allah satu-satunya, dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua pun. |