Hadis Sahih Muslim No. 1764 Jilid 3 Topik adalah Perang 1764. Dari 'Abdullah r.a.. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. sedang sujud, dan di sekitarnya ada beberapa orang kafir Quraisy. Tiba-tiba datang 'Uqbah bin Abi Mu'ith membawa karung sembelihan anak unta yang telah membusuk lalu dilemparkannya ke punggung Rasulullah saw. Kerana itu beliau tidak mengangkat kepalanya sebelum Fatimah datang. Setelah Fatimah datang, maka diambilnya karung busuk itu dari punggung Nabi, lalu dibuangnya, dan dia mendoakan kebinasaan bagi orang-orang yang melakukan perbuatan itu. Kemudian Nabi saw. mendoa, "Wahai, Allah! Binasakanlah orang-orang Quraisy ini, iaitu Abu Jahil bin Hisyam, 'Utbah bin Rabi'ah, 'Uqbah bin Abi Mu'ith, Syaibah bin Rabi'ah, Umaiyah bin Khalaf, dan Ubaiya bin Khalaf." Kata 'Abdullah, "Maka dalam perang Badar, aku sungguh-sungguh melihat mereka terbunuh, lalu dilemparkan orang ke dalam sebuah sumur, selain Umaiyah atau mungkin Ubaiya, kerana persendiannya putus-putus, maka tidak dilemparkan orang ke sumur." |