Hadis Sahih Bukhari No. 1762 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1762, Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Setelah isi syurga masuk ke dalam syurga dan isi neraka masuk ke dalam neraka, Tuhan berfirman: "Siapa yang ada keimanan dalam hatinya buang seberat biji sawi, hendaklah kamu keluarkan dari neraka." Lalu mereka dikeluarkan, sedang kulitnya telah terbakar menjadi bara. Kemudian mereka dijatuhkan ke dalam sungai kehidupan, maka bertumbuhlah mereka sebagai tumbuhnya bibit di atas sampah banjir. Nabi saw. berkata: "Bukankah sudah kamu lihat, tumbuhnya kuning dan bengkok?" |