Hadis Sahih Bukhari No. 1760 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1760, Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: Tuhan berfirman di hari kiamat: "Bagaimanakah kalau seandainya kamu mempunyai segala suatu yang ada di bumi, mahukah kamu menebus diri dengan itu?" Jawabnya: "Ya, mahu!" Kata Tuhan: "Aku menuntut kepada kamu hal yang lebih mudah dari itu, ketika kamu dalam sulbi Adam, iaitu supaya tidak mempersekutukan Aku dengan suatu apa pun, tetapi kamu tidak menyukai selain dari mempersekutukan Aku." |