Hadis Sahih Muslim No. 1758 Jilid 3 Topik adalah Perang 1758. Dari Ibrahim Al Taimiy r.a., dari bapanya, katanya: "Pada suatu ketika kami berada dekat Hudzaifah, maka berkata seorang lelaki. "Seandainya aku mendapatkan Rasulullah saw., nescaya aku ikut berperang bersama-sama dengan beliau, dan aku akan sungguh-sungguh." Kata Hudzaifah, "Betulkah engkau akan berbuat demikian? Aku sendiri pernah mengalami perang bersama-sama Rasulullah saw. Pada suatu malam ketika perang Ahzab, kami diserang angin kencang dan udara dingin. Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapakah yang sanggup mencari berita tentang musuh? Allah akan menempatkannya bersama ku kelak di hari kiamat." Semuanya diam, tidak seorang pun yang menjawab. Kemudian beliau bertanya pula, "Siapa yang sanggup mencari berita mengenai musuh? Allah akan menempatkannya bersama ku kelak di hari kiamat." Kami diam semuanya, tidak seorang pun yang menjawab. Kemudian beliau bertanya pula. "Siapa yang sanggup mencari berita mengenai musuh? Allah akan menempatkannya kelak bersama ku di hari kiamat." Kami diam semuanya, tidak seorang pun yang menyahut. Lalu kata beliau. "Hudzaifah! Berdiri! Pergilah' cari khabar mengenai musuh!" Tidak dapat tidak aku harus berdiri, kerana beliau jelas memanggil namaku. Sabda beliau, "Pergilah! Cari khabar mengenai keadaan musuh!" |