Hadis Sahih Muslim No. 1757 Jilid 3 Topik adalah Perang 1757. Dari Hudzaifah bin Yamani r.a., katanya: "Tidak ada yang menghalangi ku untuk turut bertempur di Badar, kecuali kerana aku dan bapa ku Husail tertangkap oleh kaum kafir Quraisy ketika kami keluar dari Mekah. Tanya mereka, "Apakah kalian hendak pergi menemui Muhammad?" Jawab kami, "Tidak! Kami hanya akan berjalan-jalan ke Madinah." Lalu mereka membuat perjanjian dengan kami, bahawa kami boleh pergi ke Madinah tetapi tidak boleh ikut berperang memihak Nabi saw. Lalu kami datangi Rasulullah saw., dan melaporkan kepada beliau peristiwa kami itu. Sabda beliau, "Pergilah kalian, pegang teguh janji kalian dengan mereka. Kita akan mohon pertolongan kepada Allah swt. untuk mengalahkan mereka." |