Hadis Sahih Muslim No. 1755 Jilid 3 Topik adalah Perang 1755. Dari Anas r.a., katanya. "Orang-orang Quraisy membuat perjanjian damai dengan Nabi saw. Di kalangan mereka terdapat Suhail Ibnu 'Amr. Berkata Nabi saw. kepada Ali "Tuliskan Bismillahirrahmanirrahim." Kata Suhail, "Kami tidak mengerti apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Tuliskanlah apa yang kami ketahui, iaitu Bismikallahumma." Sabda Nabi saw., "Tuliskan, Dari Muhammad Rasulullah. " Kata mereka. "Kalau kami tahu bahawa engkau Rasulullah, tentu kami ikuti engkau. Tuliskan saja namamu dan nama bapamu." Sabda Nabi saw., "Tuliskan Dari Muhammad bin 'Abdullah." Kemudian, di antara isi surat perjanjian itu, mereka menetapkan atas Nabi saw., bahawa setiap orang Mekah yang telah Islam, apabila dia datang ke Mekah, mereka tidak wajib mengembalikannya kepada Nabi Muhammad saw. Tetapi setiap orang kafir Mekah yang datang kepada Nabi Muhammad saw., beliau harus mengembalikannya kepada mereka. Lalu para sahabat bertanya. "Akan kita tuliskah ini?" Jawab Nabi saw., "Ya, tuliskan! Kerana orang-orang kita yang pergi kepada mereka, bererti Allah menjauhkannya, dan sebaliknya orang-orang mereka yang datang kepada kita, diharapkan mudah-mudahan Allah memberinya jalan keluar dari kemusyrikan." |