Hadis Sahih Muslim No. 1754 Jilid 3 Topik adalah Perang 1754. Dari Abu Ishaq r.a., katanya dia mendengar Al Bara' bin Azib berkata: "Ali bin Abi Thalib menuliskan surat perjanjian damai antara Nabi saw. dengan orang-orang musyrik Mekah ketika perdamaian Hudaibiyah akan ditanda tangani. Ali menuliskan kata-kata: "Inilah perjanjian yang ditulis oleh Muhammad Rasulullah." Lalu orang-orang musyrik memprotes, "Jangan ditulis Rasulullah! Jikalau kami tahu bahawa engkau ini Rasulullah, tentu kami tidak akan memerangi engkau. Maka berkata Nabi saw. kepada Ali, "Hapus kata-kata itu!" Jawab Ali, "Aku tidak mahu yang menghapusnya." Lalu dihapus oleh Nabi saw. dengan tangannya sendiri. Kata Al Bara', "Isi perjanjian itu antara lain menetapkan bahawa kaum muslimin boleh masuk dan tinggal di kota Mekah selama tiga hari. Tidak boleh membawa senjata, kecuali dalam sarungnya (dibungkus)." |