Hadis Sahih Bukhari No. 1753 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 1753, Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ada di tangannya kepunyaan saudaranya, diperolehnya dengan jalan tidak halal, hendaklah diadakannya penyelesaian, kerana di situ (di akhirat) nanti tidak ada dinar dan dirham (untuk membayar). Jangan sampai nanti diambil kebaikannya untuk diberikan kepada saudaranya. Setelah habis kebaikannya, diambil dosa saudaranya lalu ditimpakan kepadanya." |