Hadis Sahih Muslim No. 1749 Jilid 3 Topik adalah Perang 1749. Dari Iyas bin Salamah r.a., katanya bapanya bercerita: "Kami berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. di Hunain. Ketika berhadapan dengan musuh, aku maju lebih dahulu menaiki bukit. Aku bertemu dengan seorang musuh, lalu ku panah dia dengan panahku, tetapi dia hilang seketika sehingga aku tidak tahu apa yang sedang dibuatnya. Aku melihat musuh, kiranya mereka telah sampai ke bukit yang lain. Mereka bertemu dengan Nabi saw. dan para sahabat. Paras ahabat mundur dan aku pun mundur pula kalau balau. Aku memakai dua burdah, yang satu ku sarungkan dan yang satu lagi ku selempangkan. Sarungku lepas, lalu ku ikatkan menjadi satu. Aku lalu di hadapan Rasulullah saw. sambil lari, dan beliau sedang berada di atas baghal putihnya. Sabda Rasulullah saw., "Rupanya Ibnu Akwa' melihat sesuatu yang menakutkan." Tatkala Rasulullah saw. terkepung, beliau turun dari baghal, kemudian diambilnya segenggam tanah, lalu dilemparkannya ke muka mereka sambil berkata, "Muka-muka buruk!" Dengan begitu, maka setiap orang yang menyerang ketika itu, matanya penuh dengan tanah. Lalu mereka lari kucar-kacir. Allah 'Azza wa Jalla telah mengalahkan mereka. Kemudian Rasulullah saw. membagi-bagikan rampasan perang kepada kaum muslimin." |