Hadis Sahih Bukhari No. 1749 Jilid 4 Topik adalah Taubat 1749, Dari Abu Qatadah bin Ribii Al Ansari r.a., bahawa dia menceritakan ada jenazah lalu dihadapan Rasulullah saw., lalu beliau berkata: "Orang yang beristirehat atau orang lain beristirehat daripadanya." Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apa ertinya orang beristirehat dan orang lain beristirehat daripadanya?" Rasulullah saw. menjawab: "Orang beriman (yang meninggal) beristirehat dari kesulitan dunia dan bahayanya, berlindung kepada rahmat Allah Azza Wajalla. Orang jahat (sesudah dia meninggal) dapat orang banyak, negeri, pohon, dan binatang beristirehat dari kejahatannya." |