Hadis Sahih Muslim No. 1748 Jilid 3 Topik adalah Perang 1748. Dari Abu Ishaq r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Al Bara', tanyanya: "Hai, Abu 'Umarah! Apakah kamu pernah lari dalam peperangan Hunain?" Jawab Abu 'Umarah, "Tidak! Demi Allah! Pasukan Rasulullah saw. tidak pernah lari. Tetapi ketika itu, ada beberapa orang pemuda sahabat Rasulullah saw. dan orang-orang yang pergi berperang dengan tergesa-gesa, tanpa persenjataan dan perlengkapan yang sempurna. Kebetulan mereka bertemu dengan pasukan pemanah pihak musuh, yang kalau mereka memanah hampir tidak meleset sedikit jua pun dari sasaran. Iaitu pasukan gabungan Bani Hawazin dengan Bani Nashar. Pasukan pemanah itu serta merta menggasak pemuda-pemuda ini dengan panah mereka, sehingga pemuda-pemuda itu terpaksa berbalik kepada Rasulullah saw., yang ketika itu beliau sedang berada di atas baghal putihnya, dikawal oleh Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Muththalib. Beliau turun dari baghal, lalu mohon pertolongan kepada Allah swt, katanya: "Aku Nabi, bukan dusta, Aku anak 'Abdul Muththalib. Wahai Allah, turunkanlah bala bantuan-Mu!" Kemudian beliau atur barisan mereka." |