Taburan Persamaan Ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
Penjanaan persamaan dalam Hadis Terjemahan Melayu.
Skrin biasa. Penskelan dilaksana.
Sahih Muslim (1745)
Hadis Sahih Muslim No. 1745 Jilid 3 Topik adalah Perang
1745. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Abu Sufyan mengisahkan kepadanya dari mulut Abu Sufyan sendiri cerita berikut: "Pada masa berlangsungnya perjanjian damai antaraku dengan Rasulullah saw., aku pergi berniaga ke Syam. Ketika aku sedang berada di sana, disampaikan orang sepucuk surat dari Rasulullah saw. kepada Kaisar Heraelius, Penguasa Agung Rumawi. Yang membawa surat itu ialah Dihyah Al Kalbi kepada pembesar Bushra, kemudian pembesar Bushra ini menyampaikannya kepada Heraelius. Tanya Heraelius, "Adakah di sini, orang-orang dari bangsa lelaki yang mendakwakan dirinya menjadi Nabi itu?" Jawab mereka, "Ada!" Lalu aku dipanggil mereka menghadap Heraelius bersama beberapa orang Quraisy kawan-kawanku. Kami masuk dan duduk di hadapan baginda. Tanya Heraelius, "Siapakah di antara kalian yang dekat pertalian darahnya dengan orang yang mendakwakan dirinya menjadi Nabi itu?" Jawab ku, "Aku!" Mereka menyuruh ku duduk ke depan, sedang kawan-kawanku duduk di belakangku. Sesudah itu dipanggilnya penterjemah sambil berkata, "Katakan kepada mereka, bahawa aku menanyakan kepada mereka perihal lelaki yang mendakwakan dirinya sebagai Nabi. Jika dia berdusta, katakan dia dusta." Kata Abu Sufyan, "Demi Allah! Kalaulah aku tidak takut akan dicap pendusta, sungguh telah ku dustai dia." Kemudian Heraelius berkata kepada penterjemah, "Tanyakan kepadanya, bagaimana kebangsaan orang itu di kalanganmu?" Jawab ku, "Dia seorang bangsawan di kalangan kami." Tanya, "Apakah dia turunan raja?" Jawab ku: "Tidak!" Tanya, "Pernahkah kalian mengatakannya pembohong sebelum ia mengaku jadi Nabi?" Jawab ku, "Tidak! " Tanya, "Siapakah yang jadi pengikutnya, orang-orang besar atau rakyat kecil?" Jawab ku, "Hanya rakyat kecil." Tanya, "Apakah pengikutnya selalu bertambah atau berkurang?" Jawab, "Mereka selalu bertambah." Tanya, "Adakah di antara pengikutnya itu yang murtad kerana benci kepada agama yang dikembangkannya itu?" Jawab, "Tidak!" Tanya, "Pernahkah kamu berperang dengannya?" Jawab, "Ya, pernah!" Tanya, "Bagaimana jalannya peperanganmu dengannya?" Jawab, "Peperangan kami berjalan silih berganti antara menang dan kalah. Kadang-kadang kami yang menang, dia kalah; kadang-kadang kami yang kalah, dia menang." Tanya, "Pernahkah dia mungkir janji?" Jawab, "Tidak! Bahkan kami sedang dalam masa perjanjian damai, iaitu tidak akan serang menyerang dengannya. Aku tidak tahu apa yang akan dibuatnya terhadap perjanjian itu." Kata Abu Sufyan selanjutnya, "Demi Allah, tidak ada kalimat lain yang dapat ku ucapkan selain daripada itu." Tanya, "Apakah ada orang lain sebelum dia, yang mengaku menjadi Nabi seperti dia pula?" Jawab, "Tidak!" Kemudian dia berkata kepada penterjemahnya, "Katakan kepadanya, ku tanyakan kepada mu tentang bangsanya (status sosialnya), maka engkau katakan dia bangsawan. Memang demikianlah halnya semua Rasul-rasul; mereka dibangkitkan dari kalangan bangsawan kaumnya." Ku tanyakan pula kepada mu, " Apakah dia turunan raja?" Jawabmu, "Tidak!" Kataku, "Kalau adalah bapa atau datuknya yang menjadi raja, tentu kerana dia ingin mengembalikan kekuasaan nenek moyangnya." Ku tanyakan pula tentang pengikutnya, apakah terdiri dari rakyat kecil atau dari orang-orang besar? Kamu jawab, hanya terdiri dari rakyat kecil. Memang merekalah pengikut para rasul. Ku tanyakan pula, pernahkah kamu menuduhnya sebagai pembohong sebelumnya?" Jawabmu, "Tidak!" Aku tahu, dia tidak akan pernah berdusta terhadap manusia, apalagi berdusta terhadap Allah. Saya tanyakan kepada mu, "Adakah pengikutnya yang murtad, kerana setelah dipeluknya agama baru itu lalu dia membenci agama itu. Jawabmu, "Tidak!" Memang begitulah halnya apabila iman telah tertanam dalam hati seseorang. Kutanya pula, "Apakah pengikutnya berkurang?" Jawabmu, "Bahkan mereka selalu bertambah." Ya, seperti itulah iman hingga sempurna. Kutanya pula, "Pernahkah kamu memeranginya?" Jawabmu, "Memang, kamu memeranginya. Dan peperangan berjalan silih berganti, kadang-kadang menang, dan kadang kalah." Memang demikianlah halnya, para Rasul itu selalu diuji. Namun demikian, kemenangan terakhir selalu berada di pihak mereka. Ku tanyakan pula, "Pernahkah dia mungkir janji?" Jawabmu, "Tidak pernah!" Memang demikian, para Rasul tidak pernah mungkir janji. Ku tanya pula engkau, "Adakah orang lain sebelum dia yang mengaku menjadi Nabi seperti dia?" Jawabmu, "Tidak!" Kataku, "Kalau ada orang lain sebelumnya yang mengaku jadi Nabi seperti dia, mungkin dia hanya ikut-ikutan dengan orang yang sebelumnya itu." Kemudian dia bertanya, "Apa saja yang diperintahkannya kepadamu?" Jawab ku, "Dia menyuruh kami solat, membayar zakat, menghubungkan silaturahim, dan hidup suci." Katanya, "Jika yang kamu katakan itu benar semuanya, maka tak salah lagi orang itu sesungguhnya Nabi. Aku telah tahu bahawa dia akan muncul, tetapi aku tidak menduga bahawa dia akan muncul di kalangan kalian. Kalaulah aku yakin bahawa aku dapat bertemu dengannya, aku memang ingin benar bertemu dengannya. Dan kalau aku telah berada di dekatnya, akan ku basuh kedua tapak kakinya. Dan daerah kekuasaannya kelak, akan sampai ke daerah kekuasaanku ini." Kata Abu Sufyan, "Kemudian dimintanya surat Rasulullah saw. tersebut, lalu dibacanya. Di dalamnya tertulis: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad Rasulullah, kepada Heraelius, Pembesar Rumawi. Berbahagialah orang yang mengikuti petunjuk. Kemudian, aku mengajak Anda masuk Islam. Islamlah Anda, nescaya Anda selamat. Islamlah Anda, nescaya Allah akan memberi Anda pahala berlipat ganda. Jika Anda menolak, maka Anda akan memikul dosa seluruh rakyat Anda. Hai, Ahli Kitab! Marilah kita bersatu dalam kalimat yang sama antara kita semua. Iaitu, bahawa kita tidak akan menyembah selain hanya kepada Allah semata-mata; tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain, dan tidak menjadikan sebahagian kita menjadi Tuhan sebahagian yang lain, kecuali hanya Allah semata-mata. Jika mereka menolak, maka katakanlah kepada mereka, "Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang muslim." Setelah Heraelius selesai membaca surat itu, terdengar suara heboh di sekitarnya. Dia memerintahkan kami supaya keluar. Sampai di luar aku berkata kepada kawan-kawanku, "Sungguh luar biasa urusan Ibnu AbiKabsyah! Sehingga dia ditakuti oleh raja bangsa kulit kuning. Kerana itu aku sentiasa yakin, bahawa agama Rasulullah saw. ini pasti menang, sehingga akhirnya Allah memasukkan Islam ke dalam hati sanubari ku."

Surah-surah Makkiyah dan Madaniyyah
Hadis-hadis riwayat Bukhari dan Muslim
    
    2944444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444429
    2898765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678928
    274444444444333333333322222222221111111111000000000000Zakat(0946)11111122222222223333333333444444444427
    26987654321098765432109876543210987654321098765432101234JualBeli(1467)901234567890123456789012345678926
    254444444444333333333322222222221111111111000000000000000000011Perintah(1899)22223333333333444444444425
    2498765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345Cerai(1429)7890123456789012345678924
    2344444444443333333Syaitan(1465)1111111111000000000000000000011111111Mengadil(1691)33333333444444444423
    229876543210987654Iman(0050)321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678922
    21444444444433Perintah(1954)222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444421
    209876543210Perintah(1834)54321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678920
    19444444444Taubat(2376)222222222111111111100000000000000000001111111111222222222Wahyu(0027)444444444419
    18987654Perang(1756)1098765432109876543210987654321012345678901234567890123456789Yahudi(1420)2345678918
    1744444Perintah(1900)3222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444417
    169876Akhirat(2442)2Wahyu(0005)098765432109876543210123456789012345678901234567890123Yahudi(1412)678916
    154444444444333333333322222222221111111111000000000000000000011111111112222222222333IsteriNb(1180)44415
    149Qasamah(1662)5432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567Rasul(1275)914
    13Wuduk(0156)333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333Zuhud(2519)4413
    1298765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678912
    1144444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444411
    1098765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678910
    *9444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*9
    *8987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*8
    *7444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*7
    *6987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*6
    *5444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*5
    *4987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*4
    *3444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*3
    *2987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*2
    *1444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*1
    *09876543210987654321098765432109876543210987Perang(1745)67890123456789012345678901234567890123456789*0
    *1444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*1
    *2987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*2
    *3444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*3
    *4987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*4
    *5444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*5
    *6987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*6
    *7444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*7
    *8987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*8
    *9444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*9
    1098765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678910
    1144444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444411
    129876543210987654321098765432109876543210987654321012345678901234567890123456789012345678Ilmu(0091)912
    1344444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444413
    14Perintah(2007)543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678914
    1544444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444415
    1698765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678916
    1744444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444417
    18987654Akhirat(1770)09876543210987654321098765432101234567890123456789012345678Kebajikn(2230)345678918
    19444444444Taubat(2377)22222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444419
    20987654321JualBeli(1113)6543210987654321098765432101234567890123456789012345Perintah(1946)012345678920
    214444444444333333333322222222221111111111000000000000000000011111111112222Ibubapa(1694)333444444444421
    229876543210987654321098765432109876543210987654321012345678901234567890Mengadil(1694)56789012345678922
    2344444444443333333Mengadil(1700)1111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444423
    2498765432109876543210Cerai(1427)8765432109876543210123456789Kahwin(1588)234567890123456789012345678924
    2544444444443333333333222222Aisyah(1238)11000000000000000000011111Iman(0018)222223333333333444444444425
    2698765432109876543210987654321Perintah(1792)6543210Hudaibyh(1255)5678901234567890123456789012345678926
    27444444444433333333332222222222111111111100000Perang(1746)00111111111122222222223333333333444444444427
    2898765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678928