Hadis Sahih Muslim No. 1744 Jilid 3 Topik adalah Perang 1744. Dari 'Aisyah r.a., katanya; "Ketika terjadi perang Khandaq, Sa'ad kena dipanah oleh seorang lelaki Quraisy bernama Ibnu 'Ariqah. Dia kena panah pada urat nadi di lengannya. Kerana itu Rasulullah saw. membuatkan sebuah khemah untuk Sa'ad di masjid, supaya beliau dekat menjenguknya. Tatkala Rasulullah saw. pulang dari perang Khandaq, beliau letakkan senjata beliau, sesudah itu beliau pergi mandi. Ketika beliau sedang membersihkan kepalanya dari debu, tiba-tiba Jibril datang kepadanya seraya berkata, "Mengapa Anda sudah meletakkan senjata? Demi Allah, kita belum boleh meletakkannya. Keluarlah! Pergi perangi mereka!" Rasulullah saw. bertanya, "Ke mana?" Jibril menunjuk ke arah perkampungan Bani Quraizhah. Maka Rasulullah saw. segera pergi memerangi mereka, sehingga mereka menyerah kepada putusan Rasulullah saw. Tetapi beliau menyerahkan urusannya kepada Sa'ad. Kata Sa'ad, "Aku memutuskan orang-orang yang ikut berperang dihukum mati, anak-anak dan perempuan ditawan, dan harta mereka dirampas lalu dibahagi-bahagikan kepada kaum muslimin." |