Hadis Sahih Muslim No. 1742 Jilid 3 Topik adalah Perang 1742. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya : "Yahudi Bani Nadhir dan Bani Quraizhah memerangi Rasulullah saw. Kerana itu beliau mengusir Bani Nadhir tetapi membiarkan Bani Quraizhah menetap, serta memberi kelapangan bagi mereka sampai mereka memerangi Rasulullah saw. pula kembali. Sesudah itu, setiap lelaki mereka dibunuh, sedangkan wanita-wanita, anak-anak, dan harta kekayaan mereka dibahagi-bahagikan kepada kaum muslimin, kecuali sebahagian mereka yang menemui Rasulullah saw., lalu mereka beriman dan masuk Islam. Rasulullah saw. mengusir pula orang-orang Yahudi Madinah, semuanya terdiri dari Bani Qainuqa' (iaitu sukunya 'Abdullah bin Salam), Bani Haritsah, dan setiap Yahudi yang ada di Madinah." |