Hadis Sahih Muslim No. 1736 Jilid 3 Topik adalah Perang 1736. Dari 'Umar r.a., katanya: "Harta rampasan dari Bani Nadhir termasuk harta yang didapati tanpa pertempuran. Maka kerana itu harta tersebut khusus untuk Nabi saw., untuk nafkah keluarganya setahun, sedang selebihnya dimanfaatkan untuk perlengkapan perang dan alat senjata persediaan perang fi sabilillah." |