Hadis Sahih Muslim No. 1734 Jilid 3 Topik adalah Perang 1734. Dari 'Auf bin Malik r.a., katanya dia menewaskan seorang lelaki pihak musuh dari suku Himyar, dan 'Auf ingin memperoleh perlengkapan lawannya itu, tetapi dicegah oleh Khalid bin Walid yang menjadi komandan mereka ketika itu, 'Auf datang kepada Nabi saw., mengkhabarkan kepada beliau kessnya tersebut. Kata Nabi saw. kepada Khalid, "Apa alasanmu untuk tidak memberikan rampasannya?" Jawab Khalid, "Dia telah banyak ku beri, ya Rasulullah." Khalid bertemu dengan 'Auf, lalu 'Auf menarik cadar Khalid dengan kasar seraya berkata, "Bukankah telah ku sampaikan kepada mu putusan dari Rasulullah saw"?" Rasulullah saw. mendengar ucapan 'Auf tersebut. Beliau marah kepadanya, lalu beliau bersabda, "Jangan diberikan kepadanya, hai Khalid! Jangan diberikan!" Kemudian beliau bersabda pula kepada 'Auf, "Mengapa tidak engaku serahkan saja kepada ku urusan dengan panglima-panglima yang ku angkat? Perumpamaan kamu dengan mereka ialah seperti penggembala unta atau kambing dengan haiwan-haiwan gembalaannya. Haiwan-haiwan itu digembalakannya, bila waktu minum telah tiba, haiwan-haiwan itu dibawanya ke telaga. Maka haiwan-haiwan itu masuk ke dalam telaga meminum air yang bersih, dan tinggallah air yang kotor. Air bersih untuk kalian, sedangkan yang kotor untuk mereka." |