Hadis Sahih Muslim No. 1732 Jilid 3 Topik adalah Perang 1732. Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Ketika perang Hunain, kami pergi berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. Tatkala kami telah berhadapan dengan musuh, maka sebahagian kaum muslimin mundur. Aku melihat seorang lelaki musyrik sedang menguasai seorang muslim. Lalu aku berbalik sehingga aku dapat mendatangi dari belakangnya, maka ku pukul batang lehernya. Tetapi si musyrik itu berbalik kepada ku dan merangkul ku dengan kuat. Aku tahu dia hampir mati. Setelah dia tewas, barulah aku dilepaskannya. Kemudian aku bertemu dengan 'Umar bin Khaththab. Dia menanya kepada ku, "Bagaimana keadaan pasukan?" Jawab ku, "Urusan Allah." Kemudian pasukan pulang kembali semuanya. Rasulullah saw. duduk seraya bersabda, "Siapa yang membunuh tewas seorang musuh, dan dia punya saksi, maka segenap perlengkapan si terbunuh boleh dimilikinya." Aku berdiri seraya berkata, "Siapa yang mahu menjadi saksi bagiku?" Kemudian aku duduk kembali dan Rasulullah berkata pula seperti tadi. Aku berdiri pula kembali sambil berkata, "Siapa yang mahu menjadi saksi bagi ku?" Kemudian aku duduk pula kembali dan Nabi saw. bersabda pula untuk ketiga kalinya. Aku berdiri pula. Maka bertanya Rasulullah saw. kepada ku, "Ada apa dengan engkau, hai Abu Qatadah?" Lalu ku ceritakan kepada beliau kisah bagaimana aku telah menewaskan seorang musuh. Berkata seorang anggota pasukan, "Abu Qatadah benar, ya Rasulullah. Sedangkan perlengkapan orang yang dibunuhnya itu ada di tangan ku. Kerana itu suruhlah dia merelakan haknya untukku." Kata Abu Bakar, "Jangan! Demi Allah, Nabi saw. tidak bermaksud terhadap seorang pahlawan di antara pahlawan-pahlawan Allah yang berperang untuk Allah dan Rasul-Nya, akan memberikan kepada mu harta rampasannya. Maka bersabda Rasulullah saw., "Itu memang benar. Kerana itu berikanlah kepada Abu Qatadah apa yang menjadi haknya." Kemudian baju besinya ku jual, lalu ku belikan sebidang kebun di perkebunan Bani Salamah. Itulah harta yang mula-mula ku jadikan modal dalam Islam." |