Hadis Sahih Muslim No. 1729 Jilid 3 Topik adalah Perang 1729. Dari Mush'ab ibnu Sa'ad r.a., dari bapanya, katanya: "Bapaku, Sa'ad, mengambil sebuah pedang dari seperlima bahagian harta rampasan perang (yang telah dikhususkan untuk Nabi saw. Lalu pedang itu dibawanya ke hadapan Nabi saw.), seraya berkata, "Berilah aku pedang ini, ya Rasulullah!" Tetapi Nabi saw. enggan hendak memberikannya kepada Sa'ad. Maka diturunkan Allah ayat: "Mereka meminta kepada mu, hai Muhammad, harta rampasan perang. Katakanlah kepada mereka, rampasan perang itu untuk Allah dan Rasul-Nya." (Al Anfal, 8 : 1). |