Hadis Sahih Muslim No. 1724 Jilid 3 Topik adalah Perang 1724. Dari 'Abdullah bin Abi Aufa r.a., dia menulis surat kepada 'Umar bin 'Ubaidillah, ketika dia sedang melakukan perjalanan ke Haruriyah, mengkhabarkan bahawa Rasulullah saw. pada suatu hari akan bertemu dengan musuh, maka beliau menunggu hingga matahari tergelincir. Beliau berpidato di hadapan tenteranya, sabdanya: "Hai, manusia! Janganlah kamu meminta-minta supaya bertemu dengan musuh. Tetapi mintalah kepada Allah keselamatan, dan apabila kamu bertemu dengan musuh, teguhkanlah hatimu. Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu di bawah kilatan pedang. Kemudian beliau mendoa: "Allahumma munzilal kitab, wa mujiryas, sahab, wa hazimal ahzab, ahzimhum wan shurna 'alaihim." |