Hadis Sahih Muslim No. 1714 Jilid 3 Topik adalah Cecer 1714. Dari Iyas bin Salamah r.a., dari bapanya, katanya: "Kami pergi berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. dalam suatu peperangan. Dalam perjalanan kami ditimpa suatu kesulitan (iaitu kekurangan perbekalan), sehingga kami bermaksud akan menyembelih sebahagian unta tunggangan kami. Nabi saw. memerintahkan supaya mengumpulkan seluruh sisa-sisa perbekalan kami. Lalu kami bentangkan di hadapan beliau sehelai tikar kulit, maka terkumpullah di atas tikar itu seluruh sisa perbekalan kami." Kata Salamah, "Aku berusaha menaksir jumlah anggota pasukan ketika itu, seperti halnya seorang penggembala menaksir jumlah kambingnya. Menurut taksiranku, semua anggota pasukan berjumlah kira-kira 1,400 orang. Kami semuanya dapat makan (dari sisa perbekalan yang terkumpul itu) sampai kenyang, bahkan sesudah makan kami isi pula kantong-kantong perbekalan kami. Rasulullah saw. bertanya, "Masih adakah air untuk wuduk?" Maka datanglah seorang lelaki membawa kantong airnya, lalu dituangkan beliau ke dalam ember. Kemudian seluruh anggota pasukan yang berjumlah 1,400 orang itu dapat berwuduk dengan air itu." |