Hadis Sahih Bukhari No. 1714 Jilid 4 Topik adalah Kasih 1714, Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. dan berkata: "Saya terhenti dari solat subuh kerana imam itu membaca ayat terlalu panjang." Saya belum pernah melihat Rasulullah saw. demikian marahnya dalam memberikan pengajarannya sebagaimana pada hari itu. Beliau berkata: "Wahai manusia! Di antara kamu ada orang yang ingin menjauhkan orang dari agama. Siapa yang solat menjadi imam, hendaklah ayatnya jangan panjang-panjang. Di antara orang yang solat itu ada orang yang sakit, ada orang tua, dan ada pula orang yang mempunyai kepentingan," |