Hadis Sahih Muslim No. 1713 Jilid 3 Topik adalah Cecer 1713. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika kami sedang dalam perjalanan bersama-sama dengan Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang lelaki mengenderai kenderaannya, sambil ia menoleh ke kanan dan ke kiri. Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapa yang mempunyai kelebihan tempat di kenderaannya, hendaklah dia memberikannya kepada orang yang tidak punya tempat. Dan siapa yang mempunyai kelebihan perbekalan, hendaklah dia memberikannya kepada orang yang tidak punya perbekalan." |