Hadis Sahih Bukhari No. 1713 Jilid 4 Topik adalah Kasih 1713, Dari Jabir bin 'Abdullah, bahawa Muaz bin Jabal r.a. bersolat dengan Rasulullah saw. Setelah itu ia kembali kepada kaumnya dan solat dengan mereka, lalu ia membaca surah al-Baqarah. Ada seorang laki-laki mendahului dan solat dengan ringkas saja. Hal itu disampaikan orang kepada Muaz. la berkata: "Orang itu munafik." Berita ini sampai kepada orang itu. Lalu ia datang kepada Nabi saw. dan berkata; "Ya Rasulullah, kami ini bekerja dengan tangan kami. Kami mengairi kebun-kebun kami. Kemarin Muaz solat dengan kami, dan ia membaca surah al Baqarah. Lalu saya mendahului. Ia menuduh saya munafik!" Rasulullah saw. berkata: "Hai Muaz, tukang membuat keributankah engkau?" Rasul mengucapkannya tiga kali. Bacalah surah 'Wasy-syamsi wa dhuhaha', surah 'Sabbihisma rabbikal a'la', dan surah-surah yang seperti itu." |