Hadis Sahih Muslim No. 1704 Jilid 3 Topik adalah Mengadil 1704. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang lelaki membeli sebidang tanah dari orang lain. Si pembeli mendapatkan sebuah tempayan berisi emas dalam tanah itu, lalu dikatakannya kepada si penjual, "Hai, Anu! Ambillah emasmu!" Jawab si penjual, "Aku telah menjual tanah itu kepada mu beserta segala isinya." Kerana itu mereka pergi kepada seorang hakim minta keadilan. Hakim bertanya, "Adakah Anda keduanya mempunyai anak?" Jawab yang satu, "Ada, aku punya anak lelaki." Kata yang lain, "Ada, aku punya anak perempuan." Kata hakim, "Kahwinkanlah kedua anak kalian itu dan belanjakan harta itu, untuk keperluanmu berdua dan sedekahkan sebahagiannya." |