Hadis Sahih Bukhari No. 1699 Jilid 4 Topik adalah Ibubapa 1699, Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya bertanya, "Ya Rasulullah, dosa manakah yang paling besar?" Beliau menjawab: "Jika engkau mengadakan sekutu bagi Tuhan, padahal Dia lah yang menciptakan engkau." Saya berkata: "Setelah itu apa?" Beliau menjawab: "Jika engkau membunuh anak sendiri kerana takut ia makan bersama mu." Saya berkata: "Setelah itu apa?" Beliau menjawab: "Berzina dengan isteri tetanggamu." |