Hadis Sahih Muslim No. 1694 Jilid 3 Topik adalah Mengadil 1694. Dari Ummu Salamah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Rasulullah saw. mendengar orang heboh bertengkar di muka pintu kamar beliau. Lalu beliau keluar mendapatkan mereka, seraya berkata, "Aku ini hanya seorang manusia. Banyak orang membawa perkaranya kepada ku, sedangkan satu pihak di antara mereka ada yang lebih pintar berbicara sehingga aku mengira dialah yang benar. Lalu ku putuskan dialah yang menang. Oleh kerana itu siapa yang ku menangkan perkaranya di atas hak seseorang muslim, sesungguhnya itu adalah sepotong api dari neraka. Boleh dibawanya atau ditinggalkannya." |