Hadis Sahih Bukhari No. 1692 Jilid 4 Topik adalah Ibubapa 1692, Dari Abdullah bin 'Amru r.a, katanya: Rasulullah saw berkata: "Termasuk dosa yang paling besar adalah kalau orang mengutuk kedua orang tuanya." Ada orang bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana orang mengutuk kedua ibubapanya?" Beliau menjawab: "Kalau seseorang mencaci bapa orang lain, lalu orang lain itu membalas mencaci bapanya dan mencaci ibunya." |