Hadis Sahih Muslim No. 1688 Jilid 3 Topik adalah Pidana 1688. Dari 'Ubadah bin Shamit r.a., katanya: "Kami berada dalam suatu majlis bersama-sama dengan Rasulullah saw., lalu beliau bersabda, "Berjanji setialah (baiatlah) tuan-tuan sekalian dengan ku, bahawa tuan-tuan tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu; tidak akan membunuh seseorang yang diharamkan Allah melainkan dengan yang hak (dibenarkan agama). Maka siapa di antara tuan-tuan yang memenuhi janji itu, pahalanya terserah kepada Allah, dan siapa yang melanggar janji-janji tersebut, tetapi Allah menutupi kesalahannya (tidak diketahui orang), maka urusannya terserah kepada Allah; jika Dia menghendaki, diampuni-Nyalah dia, dan jika Dia menghendaki, akan diseksaNya (kelak di akhirat)." |