Hadis Sahih Muslim No. 1685 Jilid 3 Topik adalah Pidana 1685. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. menghukum peminum khamar dengan hukuman dera yang dilakukan beliau dengan pelepah kurma dan terompa (sebanyak empat puluh kali). Kemudian, Khalifah Abu Bakar juga melakukan hukuman dera sebanyak empat puluh kali. Maka ketika pemerintahan 'Umar, orang bertambah banyak tinggal di pelosok-pelosok dan desa-desa. Kerana itu 'Umar bertanya (musyawarah), "Bagaimana pendapat tuan-tuan mengenai hukuman dera bagi peminum khamar?" Jawab 'Abdurrahman bin 'Auf, "Aku berpendapat supaya disamakan dengan hukuman (seperti nash dalam Al Quran) yang paling ringan (ialah lapan puluh kali). Lalu 'Umar melaksanakan hukuman dera bagi peminum khamar lapan puluh kali. |