Hadis Sahih Muslim No. 1684 Jilid 3 Topik adalah Pidana 1684. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Dihadapkan orang kepada nabi saw. seorang lelaki yang terbukti minum khamar (mabuk). Lalu Nabi saw. menderanya dengan dua buah pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. Kemudian (pada masa pemerintahan) Abu Bakar, beliau melaksanakan pula hukuman seperti itu. Setelah 'Umar. berkuasa, beliau bermusyawarah dengan orang ramai. Kata Abdurrahman mengusulkan, "Hukuman dera dengan hukuman yang paling ringan lapan puluh kali." Lalu 'Umar memutuskannya seperti itu (lapan puluh kali hukuman dera). |